Polisi Perlindungan Data Privasi

 
black.jpg
 

BAHASA

 
 

Kemaskini Terakhir: July 8, 2019


Notis perlindungan data privasi ini (“Notis”) menggariskan cara syarikat mengumpul, meggunakan, menyimpan dan mendedahkan data privasi anda semasa proses rekrut. Proses ini akan berlaku ketikapenggajian dan selepas penggajian,kami juga ingin memaklumkan bahawa data ini akan dilindungi berdasarkan undang -undang data privasi. Anda dinasihati untuk membaca notis ini atau sebarangan notis yang berkaitan . Kami akan memberikan notis dari masa ke semasa dan mengumpul data atau ketika memproses data privasi anda.

 

1.     Latar belakang pengumpul data

Streamline Studios Malaysia Sdn. Bhd. (“Streamline”) adalah “pengawal data”, berfungsi untuk meggunakan dan menyimpan maklumat anda. Data ini juga akan digunakan oleh entiti syarikat kami Streamline Media Group, Inc., Streamframe Malaysia Sdn. Bhd. dan Streamframe Corporation (“syarikat entity kami”)., Maka, dalam Notis ini, rujukan pada “kami” atau “syarikat” bermaksud Streamline dan syarikat entitinya.

 

2.     Apakah data yang kami kumpulkan tentang anda

Data peribadi yang akan kami kumpul daripada anda termasuk tetapi tidak terhad kepada:

·       Nama, maklumat komunikasi (alamat premis, nombor telefon, nombor telefon bimbit, emel) dan maklumat komunikasi kecemasan (nama, hubungan, nombor telefon dan nombor telefon bimbit);

·       Sebarang data yang dikumpul ketika proses rekrut;

·       Maklumat kontrak penggajian;

·       Maklumat gaji dan pampasan, bank, maklumat statutori potongan, dan tax;

·       Umur;

·       Maklumat suami/isteri dan hubungan kekeluargaan lain;

·       Maklumat kewarganegaraan, status imigresen dan sebarang dokumen berkaitan seperti pasport, atau kad pengenalan diri dan data imigresen; status perkahwinan, kelahiran atau sijil pendidikan.

·       Maklumat mengenai kesihatan dan rekod kedatangan (termasuk maklumat sensitif berkaitan dengan kesihatan fizikal dan/atau mental);

·       Keturunan bangsa atau etnik, agama atau kepercayaan lain;

·       Maklumat aduan yang dibangkitkan oleh/atau melibatkan anda;

·       Maklumat tingkah laku dan/atau masalah disiplin yang melibatkan anda;

·       Data penilaian dan ulasan prestasi kerjaya anda;

·       Data pengurusan prestasi kerja/pelan penambahbaikan (jika ada);

·       Data rekod kehadiran kerja;

·       Maklumat aplikasi kerja yang dibuat untuk jawatan lain dalam organisasi;

·       Maklumat anda ketika menggunakan aplikasi dan/atau teknologi maklumat, komunikasi dan lain -lain sistem, termasuk alat pemantauan data yang lain.

·       Gambar anda;

·       Butiran rujukan yang diberikan mengenai orang lain.

Sesetengah kategori di atas mungkin tidak berkaitan, bergantung kepada jenis perjanjian penggajian yang ditawarkan.

 

3.     Bagaimana kami mengumpul data peribadi anda

Kami akan mengumpulkan data peribadi anda daripada anda sendiri, professional perubatan kesihatan yang dihubungi oleh syarikat, daripada syarikat insuran, maklumat yang diberikan oleh pihak ketiga berkaitan dengan aduan masalah tingkahlaku, penilaian prestasi kerjaya, rekod pintu masuk dan keluar, system automatik yang memantau laman web dan teknikal sistem yang lain, seperti rangkaian komputer dan sambungan, CCTV dan sistem kawalan akses, sistem komunikasi, sistem capaian jauh, emel kerja, dan sistem pesanan ringkas, Streamframe dan pengunaan kemudahan internet lain, telefon, mel suara, rekod telefon bimbit kerja.

 

4.     Kenapa maklumat ini dikumpul dan bagaimana digunakan

Kami akan mengumpul dan menggunakan maklumat ini:

  • Untuk tawaran kontrak pekerjaan;

  • Untuk mengenalpasti gaji, insentif, bonus dan lain-lain pampasan;

  • Untuk pertimbangan kenaikan jawatan, perkembangan kerjaya, latihan dan pemantauan prestasi;

  • Untuk memantau dasar polisi dan proses dalaman dipatuhi;

  • Untuk pematuhan undang-undang (cth: kewajipan kami sebagai majikan terhadap anda di bawah lindungan pekerjaan dan undang-undang keselamatan kesihatan);

  • Untuk kepentingan kami dan pihak ketiga (seperti agensi pampasan), tetapi hanya jika maklumat ini tidak membatasi faedah diri, hak atau kebebasan;

  • Untuk melaksanakan hak dan kewajiban seperti dalam undang-undang perkerjaan; dan

  • Untuk kepentingan awam.

Kami akan memastikan maklumat yang dikumpul dan diproses adalah betul. Kami akan memaklumkan anda sekiranya ada perubahan kepada maklumat yang dikumpul dan tujuan pengunaannya.

 

5.     Dengan siapa kami berkongsi data peribadi anda

Kami mungkin dikehendaki untuk mendedahkan maklumat berkenaan anda kepada pihak seperti kontraktor luar, penasihat profesional kami, pembeli berpotensi sama ada pembelian seluruh atau sebahagian organisasi, atau perubahan struktur. Kami juga dikehendaki untuk berkongsi maklumat peribadi sebagai rujukan bagi pihak ketiga, sebarang professional perubatan, hospital, ejen audit, peguam, bank, pihak perkhidmatan, pengajian dan ejen insuran atau mana-mana pihak yang tertakluk kepada undang-undang. Maklumat anda akan dirahsiakan, tetapi jika sekiranya ada pihak ketiga yang berkaitan meminta, kami mungkin mendedahkannya. Penerima maklumat ini akan tertakluk kepada undang-undang data privasi.

 

6.     Bagaimana maklumat peribadi akan disimpan

Maklumat yang dikumpul akan disimpan di premis syarikat sertaentitinya, pihak perkhidmatan, wakil dan agensi seperti di atas. Maklumat ini mungkin dipindahkan ke syarikat antarabangsa di Amerika Syarikatdan negara-negara lain, termasuk negara yang tidak mempunyai undang-undang data privasi sama seperti di Malaysia yang diterangkan sebelumnya. Kami mempunyai sistem sekuriti untuk memastikan maklumat yang dikumpul adalah selamat.

 

7.     Berapa lama kami menyimpan data peribadi anda

Kami hanya akan menyimpan data peribadi anda semasa tempoh rekrut dan penggajian pekerjaan selama mana yang perlu demi memenuhi tujuan ia dikumpulkan.

 

8.     Bagaimanakah anda boleh mengakses, membetulkan, mengemas kini dan memusnahkan data peribadi anda

Sila hubungi People Hub di humanresources@streamline-mediagroup.com jika anda ingin mengakses, membetulkan atau mengemas kini data peribadi anda. Sebarang persoalan berkaitan data privasi boleh ditujukan kepada People Hub. Anda juga ada hak untuk meminta People Hub menghadkan pemprosesan data anda (tertakluk kepada situasi).

 

9.     Bagaimana kami melindungi dan menjaga data peribadi anda.

Kami mempunyai sistem sekuriti untuk mencegah kehilangan data peribadi daripada digunakan atau diakses secara terlarang. Kami menghadkan akses data peribadi anda kepada pihak tertentu berdasarkan kepentingan penggunaan maklumat. . Data peribadi anda akan diproses oleh pihak yang dibenarkan dan di bawah undang-undang privasi.

Kami juga mempunyai prosedur untuk mengenal pasti sebarang pelanggaran data sekuriti. Kami akan memaklumkan anda dan pihak berkenaan mengenai sebarang pelanggaran data sekuriti berdasarkan undang-undang data privasi.

Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin mengemas kini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Jika terdapat perubahan pada Notis Privasi ini, Notis yang baru akan menggantikan semua siri terdahulu.

Notis Privasi ini disediakan dalam versi bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Jika terdapat apa-apa ketaktekalan antara keduadua versi ini, versi bahasa Inggeris akan digunakan.